Thanaka

Seorang gadis berlumur thanakha di Mandalay, Myanmar.

Thanakha (Bahasa Burma: သနပ်ခါး; MLCTS: sa.nap hka:; disebut [θənəkʰá]) adalah sapuan putih kekuningan diperbuat daripada kulit kayu yang khusus dalam kalangan masyarakat Myanmar terutamanya untuk kaum wanita.[1][2][3]

Krim ini dilumurkan pada wajah (seperti di pipi, hidung, atau kening) dengan pelbagai corak yang menarik tetapi yang paling lazimnya corak melingkar atau corak tulang daun. Sapuan ini digunakan umumnya untuk merias dan memuluskan wajah, malah juga diyakini dapat menyejukkan wajah sambil memberi perlindungan daripada selaran matahari[1] dan membantu menghilangkan jerawat.

Penggunaan thanaka telah ujud selama lebih dari 2.000 tahun,[4] bahkan juga merebak kepada negara-negara jiran termasuk Thailand.

  1. ^ a b Streissguth, Thomas (2007). Myanmar in Pictures. Twenty-First Century. m/s. 44, 73. ISBN 0-8225-7146-3. Dicapai pada 2008-01-21.
  2. ^ Mabberley, D J (1997). The Plant-Book: A Portable Dictionary of the Vascular Plants. Cambridge University Press. m/s. 470. ISBN 0-521-41421-0. Dicapai pada 2008-01-21.
  3. ^ Kemp, Charles & Lance Andrew Rasbridge (2004). Refugee and Immigrant Health: A Handbook for Health Professionals. Cambridge University Press. m/s. 98. ISBN 0-521-53560-3. Dicapai pada 2008-01-21.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama mizzima

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search